Tuesday, September 28, 2010

Malaysia sebelum merdeka


MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN


Tanah Melayu sungguh bertuah kerana kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah,bijih besi,emas,tembaga dan sebagainya.Namun yang demikian, di sebalik kekayaan yang di miliki oleh Tanah Melayu , terdapat banyak kuasa asing yang berminat dan tertarik dengan Tanah melayu.Bukan sahaja dari segi kekayaan sumber mentahnya,Tanah Melayu juga merupakan tempat yang paling strategik untuk menjalankan aktiviti perdagangan di samping laluan perdagangan yang terlindung daripada segala ancaman musuh dan angin monsun.Contohnya pada zaman kesultanan Melayu Melaka, kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu dengan hasrat untuk menguasai kekayaan hasil bumi telah dimulakan oleh Portugis pada tahun 1511,Belanda (1641), dan British 1824.Dalam usaha untuk meluaskan kuasa dan pengaruhnya , British telah menjalankan dasar mekantilisme, imperialism dan kolonialisme di Negeri-Negeri Melayu.Dasar mekantilisme menyebabkan wujudnya persaingan antara kuasa-kuasa barat untuk menakluki Tanah Melayu dan mereka berlumba-lumba mencari laluan perdagangan ke Timur melalui jalan darat.Imperialisme bermaksud sebarang jenis kawalan yang lahir daripada kuasa di  luar daripada lingkungan sesuatu tempat itu.kawalan yang di lakukan adalah dari segi ekonomi, politik, strategi, agama dan gabungan lain-lainnya.Pada abad ke -19 dan ke-20, kuasa-kuasa barat mengamalkan imperialism yang bersifat “double standard”.Mereka memperjuangkan hak kemanusiaan di negara asal tetapi mengabaikan masyarakat peribumi di tanah jajahan.

British mempunyai perancangan yang teliti untuk mendapatkan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Setelah berjaya mendapatkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang membentuk Negeri-Negeri Selat, British mula mengorak langkah mendapatkan negeri-negeri yang kaya dengan bahan-bahan mentah seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.Setelah berjaya menguasai negeri-negeri berkenaan,Negeri-Negeri Melayu bersekutu di tubuhkan .Sikap rakus British untuk menguasai seluruh Tanah Melayu jelas kelihatan apabila British terpaksa memeterai beberapa perjanjian dengan Siam yang ketika itu menguasai politik di Negeri-negeri Melayu Utara.Desakan demi desakan menyebabkan Siam terpaksa menyerahkan pentadbiran Negeri-Negeri melayu  Utara kepada British setelah Perjanjian Bangkok  1909.Di Sabah,sebuah syarikat yang di namakan Syarikat Borneo Utara British cuba menguasai Sabah walaupun mendapat tentangan daripada pihak tempatan.begitu juga di Sarawak,bekas pegawai  tentera british iaitu James Brooke sedikit demi sedikit mencari helah dan akhirnya berjaya  mernguasai pentadbiran Sarawak.Kedua-dua negeri akhirnya di serahkan kepada kerajaan British pada tahun 1946, selepas perang Dunia Kedua.

Setelah berjaya mengambil alih pemerintahan daripada pembesar-pembesar tempatan, pihak British terus memperkenalkan sistem pentadbiran,sistem cukai, sistem residen dan sebagainya yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.Penentangan yang bersifat “kedaerahan”membuktikan dasar-dasar yang di perkenalkan penjajah tidak mengambil kira hak dan kepentingan penduduk tempatan.Sungguhpun sistem ekonomi dual dan dasar pendidikan di perkenalkan,langkah-langkah tersebut hanya  menguntungkan pihak penjajah.
Namun yang demikian, setelah hampir 130 tahun British menjajah Tanah Melayu, Jepun telah mendarat di Kota Bahru pada 8 Disember 1941.Terdapat beberapa faktor yang mendorong Jepun menyerang Asia Tenggara  iaitu keperluan terhadap bahan mentah dan pasaran industri.Negara jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh bergantung kepada pertanian.Selain itu, keinginan Jepun untuk membebaskan Asia Tenggara daripada belenggu penjajah barat dan semangat perjuangan tentera Jepun.Golongan tentera berpendapat masalah ekonomi Jepun dapat di atasi dengan cara menakluk kawasan-kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan akan menjadi tempat pasaran bagi Jepun.Pihak British tidak menyangka Jepun akan melancarkan serangan mengejut  kerana kemasukan Jepun ke Perang Dunia Kedua adalah secara mendadak.Terdapat beberapa faktor yang memudahkan kemenangan Jepun iaitu tentera British yang lemah dan tidak bersedia.British menyangka Jepun akan menyerang Singapura terlebih dahulu tetapi sangkaan meleset apabila Jepun telah bertindak menyerang utara Tanah Melayu dahulu.British mengandaikan bantuan akan di hantar sekiranya Tanah Melayu di serang.Oleh itu,British telah membawa balik sebahagian besar  tentera darat dan laut terlatih untuk menghadapi peperangan di Eropah.Sewaktu peperangan meletus,kekuatan British kira-kira 89 000 orang sahaja di mana adalah  20 000 orang askar Britain,17 000 orang askar india,15 000 orang askar Australia dan yang lain-lain terdiri dari askar melayu.Mereka merupakan askar yang tidak terlatih dan tidak mempunyai alatan peperangan yang mencukupi.Upacara menyerah kalah pihak british telah di lakukan oleh Leftenan Jeneral Percival dan pihak Jepun telah di wakili oleh Jeneral Yamashita.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap politik, sosial dan ekonomi Tanah Melayu.Dari segi sosial contohnya, Jepun telah menerbitkan sebuah dasar yang di kenali Dasar Niposisasi Jepun.Jepun telah bertindak menghapuskan pengaruh barat dan cina dengan menutup semua sekolah inggeris dan cina.Di samping itu, rakyat telah di paksa untuk taat setia kepada Jepun iaitu kepada Maharaja Jepun. Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan setiap pagi di ssekolah.Jepun turut menggalakkan budaya Jepun di praktikkan  oleh masyarakat tempatan.Nippon Go iaitu bahasa Jepun  menjadi bahasa pengantar di sekolah.Cuti sempena perayaan Jepun juga di raikan serta budaya Jepun.

Antara kesan pendudukan Jepun yang meninggalkan kesan yang teruk ialah darurat.Darurat telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris diSungai Siput , Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.Sebulan selepas itu PKM diharamkan.Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk parti politik yang bersifat radikal diharamkan.Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, sepertimeriam, kapal terbang dan kapal laut.Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang."Kampung Baru " telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.
Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar iaitu pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam, memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.Pengenalan sistem kad pengenalan juga di perkenalkan bagi memudahkan seseorang itu dikenal pasti.British menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).british turut memperkenalkan ISA,  memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara, memperkenalkan sukarelawan kampung atau pengawal kampung yang bersenjata dan mendirikan balai polis dikawasan yang terancam atau kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh. 


MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN

Pendudukan Jepun di negara kita dalam tempoh tiga tahun lapan bulan telah menyedarkan kita tentang keperitan berada di bawah penjajahan.Pengenalan Malayan Union pula merupakan penjajahan mutlak British di Tanah Melayu.Usaha ini di bantah hebat oleh orang melayu sehingga tertubuhnya UMNO.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948.Konsep kerajaan persekutuan dan negeri diperkenalkan , institusi raja dipulihkan, kerakyatan diperketatkan dan perlindungan terhadap orang melayu di masukkan dalam perlembagaan.Perkara ini menjadi asas kepada bentuk pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang merdeka.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan, fokus utama kerajaan British ialah mentadbir negara ini.Namun,British menghadapi masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum kerana penduduk Tanah Melayu merupakan masyarakat majmuk.Masyarakat di Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya , agama dan bangsa.Tanah Melayu pernah gempar akibat peristiwa isu perkauman antara orang Melayu, Cina dan India.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "”Pilihanraya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumipetera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969 , Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala Pas menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan diKuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato’Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.dr.Tan Chee Koon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasanBatu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,Dato’Harun Idris.Di katakan kaum cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Selangor , hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,  tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India , Sikh, gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan askar melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh askar Melayu. Malangnya beberapa askar askar malayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang askar melayu yang tinggal diSungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan tentera sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera Selempang Merah  dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebaldengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu danPahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan , Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan Thai.

            Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Bekeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.



No comments:

Post a Comment